Thursday, November 13, 2008

Merenung kehidupan yang singkat...

Semalam aku terfikir tentang jangka hayat seorang manusia secara purata.Biasanya 60 hingga 70 tahun.Mungkin kurang dan mungkin lebih.Malah ada yang mati selepas baru saja lahir.Lalu aku mencongak-congak tentang jangka hayat diri sendiri.

Sudahpun berusia 21 tahun.Kiranya aku sudah mencapai dewasa.Cepat sungguh masa itu berjalan.Pejam celik,pejam celik,umur bertambah dengan pantas.Apabila mencongak jangkahayat purata manusia,katakanlah 60 tahun,ini bermakna aku telah menamatkan 1/3 sesi kehidupan.Mungkin ada 2/3 lagi sesi yang akan aku tempuh atau mungkin kurang dari jumlah yang aku congakkan.

Masa yang berlalu memang tetap berlalu.Walau dikejar dengan kelajuan cahaya,tidak akan dapat aku mengejarnya.Ini bermakna aku hanya ada sekarang dan mungkin esok atau lusa yang belum pasti.Kemudian aku terfikir akan hal kematian.

Kematian itu sesuatu yang aku dengar dan aku lihat.Ya ia benar.Terfikir pula aku,jika saat ini aku mati,ke manakah aku?Adakah aku telah bersedia?Kematian ertinya berpindah alam.Alam kubur yang hanya aku dengar.Kemudian disoal oleh malaikat Mungkar dan Nangkir.Apabila kiamat berkmpul di padang mahsyar.Kemudian ditentukan samaada ke syurga atau neraka.

Ya aku telah maklum apa yang berlaku selepas aku mati.Ttapi tahap manakah aku melakukan persediaan?Ia boleh aku analogikan seperti peperiksaan di dunia.Sudah tahu peperiksaan hujung tahun.Lazimnya kita berlengah-lengah dan lalai kerana tahu peperiksaan masih lambat lagi.Kemudian apabila ia sudah dekat,mulalah menggelabah tak tentu arah.Berbalik pada soal kematian,aku sedar ramai antara kita menganggap mati itu lambat lagi.Selalunya kita meyakini esok masih ada,lusa masih ada,minggu depan masih ada.

Bagaimana Harus aku anggap soal kematian?

Aku takut menghadapi mati.Dari perasaan itu aku tahu yang aku tidak bersedia.Ya sudah tentu tidak bersedia.Dengan amalan sebegini sedikit dan dosa yang menimbun bagaimana aku berani bertemu Allah?Lagipun mati itu sangat menyakitkan.

Hakikatnya...

Bagi oang beriman,kematian adalah sesuatu yang tidak perlu ditakuti.Walau apa usaha kita,kematian itu sesuatu yang tetap akan berlaku.Masanya telah ditentukan tiak akan berganjak ke depan atau ke belakang walau sedikit.Cuma bila?Itu tiadak akan kita ketahui.Segalanya telah tertulis untuk kita.

Yang perlu kita lakukan....

Saat ini adalah saat paling berharga.Mengapa tidak kita gunakannya secara maksimum.Jangan banyak berangan-angan lagi.Mengingati mati seharusnya menjadikan kita lebih positif.Kerana mati itu bukan penamat kepada segalanya bahkan kita akan menempuhi perjalanan yang lebih panjang lagi selapas itu.Pokoknya,akal itu perlu kita gunakan sebaik-baiknya untuk persediaan hari akhirat.Ya nafsu dan dunia itu dihadapan untuk mengaburkan perjalanan kita.Memang bukan mudah lari dari godaannya.Akal diberi untuk memilih.Wahyu diturunkan untuk pedoman mengenai yang tidak tercapai oleh akal.Jadilah orang bijak.Bijaklah dalam bertindak.Setiap amalan kita walau sebesar zarah samaada baik atau buruk tetap diambil kira.

Jadi?

Ingatlah pada kematian.Ia perilaku orang bijak.Ia perilaku orang bersih hati.Ia menjadikan kita berhati-hati dalam tidakan.Kita mesti cuba lakukan yang terbaik.Banyak-banyak berdoa semmoga mati dalam husnul khatimah.Moga beroleh bahagia di sana.AMIN.

No comments: