Tuesday, December 2, 2008

Tentera Hitam vs Tentera Putih




Kota kerajaan putih ditiup api peperangan lagi.Tentera hitam mengatur gerak langkah begitu pantas.Mereka tiada belas kasihan.Tidak pernah mengira masa.Malam,siang,pagi,petang mereka bisa menyerang pada bila-bila masa.





Mereka rakus,ganas,tamak.Impiannya merampas kota kerajaan yang memang mereka idam-idamkan.Mereka mahu memerintah.Mahu berkuasa ke atas kerajaan.Meluaskan empayar dan menguasai tindak-tanduk kerajaan adalah impian mereka.





Tentera putih fungsinya untuk bertahan dari seranagan-serangan itu.Mereka ini bersikap mulia.Mahukan kebaikan,kedamaian dan ketenangan.Mereka patuh menurut ajaran Tuhan.Sentiasa menimbang perkara baik dan buruk.Tapi kekuatan mereka bergantung kepada keadaan.Kadang-kadang mereka begitu kuat sehingga mampu membawa kedamaian kepada seluruh negeri.Mampu bertahan dengan serangan tentera hitam yang sentiasa bertambah kekuatannya.





Kadang-kadang tentera putih lemah longlai.Tidak mampu menahan serangan hebat tentera hitam.Tentera hitam ganas itu yiada belas kasihan membunuh tentera putih.Tentera putih ditewskan dan kota kerajaan dirampas.Namun kekuasaanna tidak lama tatkala mentari bersinar semula.Tetentera putih yang kembali segar dapat menguasai semula kota itu.Tentera putih amat memerlukan cahaya itu.Namun cahaya itu milikNya.





Tentera putih pemilik asal bagi kerajaan.tentera hitam hanya tahu merampas takhta.Dalam dunia ini,telah banyak kerajaan yang dikuasai tentera hitam.Hanya golongan sedikit yang mana tentera putih masih memerintah.Namun cahaya mentari itu milikNya.Dialah yang menentukan siapakah kerajaan yang akan diberi cahaya.





Tentera putih itu hati,tentera hitam itu nafsu syahwat,cahaya itu hidayah,kerajaan itu ialah kita.Beruntunglah sesiapa yang mempertahankan tentera putihnya.Merugilah bagi mereka yang menang tentera hitamnya.Hidayah milik Allah.Moga kita tergolong dalam golongan yang disinari cahaya-Nya.

No comments: