Saturday, September 13, 2008

Mudahnya menghidu bau mulut orang lain!

Bau mulut memang kebiasaannya busuk.Apalagi kalau orang tu tak jaga gigi.Takpun, gosok gigi memang selalu tapi busuknya tak hilang juga.Mungkin kerana banyaknya komensal yang menjadi koloni di dalam mulut.Namun cuba kita perhatikan secara mendalam tentang fenomena bau mulut ni.

Sebagai contoh, seorang makhluk ini mulutnya sangat busuk.Namun hakikatnya tuan punya hidung tidak pernah perasan tentang busuknya bau mulut beliau.Walaupun hidungnya yang paling dekat dengan mulutnya sendiri.Samaada bau seperti lori sampah,bangkai,ikan di pasar dan pelbagai jenis bau yang menjengkelkan semuanya tidak dapat dinikmatinya.Sebaliknya orang yang berada di sekeliling sudah pasti menanggung derita.Jika ada yang benar-benar 'jujur',sudah pasti dia berkata ,"woi busuk gile mulut ko!".Mungkin diperincikan dengan,"bau macam lori sampah la!.Mungkin makhluk ini tidak dapat menerimanya atau mungkin tersipu-sipu malu lantas mengalami tekanan perasaan.

Hakikatnya, konsep ini begitu mirip dengan sikap kita sebagai manusia.Alangkah mudahnya melihat kelemahan dan kekurangan orang lain.Malah sedap untuk dijadikan topik mengumpat.Tambah pula orang tu dah memang kita benci.Namun sedarkah kita bahawa kita lazimnya tidak sedar dengan perangai jelek kita sendiri.Orang di sekeliling kita sudah tentu tahu tentang itu apalagi musuh kita.Namun sekalipun ditegur, keegoan dan kesombongan hati sering membuat kita tidak mahu berubah walaupun telah maklum tentang buruknya perangai kita.

Kita sering mendabik dada bahawa akulah yang terbaik.aku yang bijak.Pendapat aku selalu betul.Orang lain lemah,tak boleh diharap.Aku yang banyak buat kerja.Aku dah banyak berjasa.Sejak aku datang,macam-macam perubahan dah aku buat.Idea aku selalunya bernas idea orang lain adalah sampah.Bukan salah mempunyai keyakinan diri, tetapi keegoan selalu menghancurkan manusia.

Namun bagi mereka yang sentiasa mahu mensucikan hati, yang takutkan Allah,yang mengenal dosa pahala,yang mengenal erti kemurnian akhlak,yang mencontohi Rasulullah SAW tentu selalu dia bermuhasabah diri akan kelemahannya sendiri.Namun berubah belum pasti kerana yang memberi hiadayah itu Allah SWT.Kita hanya mengharap dan mendamba rahmat-Nya.

Saturday, September 6, 2008

Kerana Tuanya dia...

Satu hari naqib usrah aku bertanya..

'Apa beza kasih sayang seorang ibu dan kasih sayang seorang anak?'

Aku tidak menjawab dulu.Kubiarkan orang lain melontarkan jawapan terlebih dahulu..macam-macam jawapan dilontarkan..semua jawapan tipikal dikeluarkan..aku tidak berminat mendengarnya..Aku menunggu jawapan naqib aku..Lantas terpancarlah satu jawapan darinya...

"Seorang ibu menyayangi anaknya dengan menjaga dan menatangnya bagai minyak yang penuh untuk melihat anaknya membesar dengan sihat dan beroleh kebahagian.Lantas dicurahkan kasih sayang yang tinggi melangit.Tetapi anak berlainan, apabila ibu telah tua anak-anak menjaga ibu tua mereka mungkin dengan kasih sayang juga namun merasakan ia satu beban dan mengharapkan ibunya cepat pergi!"

Aku termenung seketika mendengar jawapan itu.Ada benarnya.Kalau dilihatkan fenomena sekarang..memang itulah hakikatnya..malah ada yang terus membiarkan sahaja ibu bapa mereka yang telah tua.Kononnya sibuk bekerja.Bagaimana dengan aku nanti?Masa sekarang pun jarang telefon..jarang balik rumah..apa lagi bila sudah beranak isteri nanti?

Satu hari seperti biasa aku ke wad di Hospital Kelang.Doktor suruh cari pesakit saraf.Berjumpalah dengan seorang makcik tua.Dia tak mampu bercakap lagi tapi boleh memahami cakap orang lain.Dia sudah terlantar tidak mampu bangun sendiri.Saraf mukanya yang rosak menyebabkan matanya tidak mampu berkelip.Mulutnya tidak mampu tersenyum.Tiada siapa menunggunya di situ.

Jauh di sudut hati aku terfikir,di manakah anak-anaknya ketika ini?Mungkin sibuk atau sebagainya.tapi bukan mahu membincangkan soal mereka.Cuma cuba renungkan..jika dulu ketika kita belum mampu berjalan,ketika belum mampu bercakap..tak mampu urus diri.ibu tak pernah meninggalkan kita...kita sentiasa lekat dalam pangkuan dan perhatiannya..tetapi bila ibu sudah tidak mampu bejalan,tidak mampu berjalan,tidak mampu urus diri..bagaimana layanan yang bakal kita berikan?Fikirkan...

Sesungguhya aku berdoa kepada Allah agar tidak tergolong dalam golongan anak yang derhaka..Ibu..Sebenarnya anakmu ini sangat sayang kepadamu..cuma malu nak cakap je ;-)

Monday, September 1, 2008

Ramadan...sebuah sekolah...




Terasa baru lagi puasa tahun lepas,tiba-tiba datang lagi Ramadan..Alhamdulillah Allah panjangkan umur untuk bertemu Ramadan sekali lagi..Orang beriman menanti-nanti Ramadan dengan penuh kegembiraan, Namun ada yang mengeluh dengan hadirnya Ramadan..


"Alamak tak boleh la nak kerja lebih..Mesti penat bulan puasa.."



"Esok nak puasa dah..baik aku makan puas-puas hari ni.."


Menjelang ramadan,ada juga kata macam ni.


"Bazar Ramadan paling dekat kat mana ye?"


"Boleh la mula tengok-tengok langsir baru untuk raya ni"


Biasalah manusia...kita sebenarnya bimbang perut tak terisi..lalu bimbangkan penat,fikirkan untuk makanan berbuka yang sedap-sedap, terus nak tukar perabot untuk raya...Inilah nafsu..nafsu tak boleh dibunuh..dia makhluk..tapi dia boleh diajar..inilah peluang untuk mengajar nafsu...mampukah kita?Nafsu berkehendakkan banyak perkara..makan,minum ,tidur,harta perempuan dan banyak lagi!Bermujadahlah memerangi nafsu!

Selamat menempuh sekolah Ramadan...semoga kita berubah menjadi lebih baik selepas menempuh sekolah ini..selamat beribadah..