Sebelum memikirkan soal masyarakat yang berat dan mencabar,aku terasa bahawa pentingnya aku renung dalam benak hati yang begitu misteri ini.Pelik bunyinya.Diri sendiri menjadi misteri pada diri.Apakah aku keliru dengan diri sendiri?
Ya,aku keliru..terlalu banyak perkara yang aku inginkan.Ada perkara yang aku lakukan bukan atas kehendak diri.Kadang-kadang apabila difikirkan dengan mendalam rupa-rupanya dalam diri kita ini terdapat timbangan nafsu dan akal.Yang kadang-kadang membawa kejahatan dan yang kadang-kadang membawa kebaikan.Kata ulama, nafsu itu ada berbagai tingkatan.Aku cuma tahu bahawa nafsu aku memang ditahap lawwamah.Iaitu nafsu dan akal yang selalu berkonflik sesama sendiri yang lazimnya dimenangi oleh nafsu yang membawa kejahatan.Aku ternyata sedar akan kelemahan yang begitu jelas ini.
Dalam soal kehidupan, sudah tentu aku inginkan masa depan yang cerah.Mempunyai harta.Kereta Peugeot 407 yang aku minati.Rumah yang besar dan selesa Isteri yang cantik dan solehah.Zuriat yang baik.Siapa yang tidak mahu dengan kurniaan itu?Aku rasa selama ini pun telah banyak nikmat dunia yang aku kecapi.Keluarga yang bahagia.Duit?memang tiada masalah.Kejayaan?memang banyak kejayaan manis yang membanggakan.
Hakikat yang aku cari...
Sebenarnya aku sangat ingin kenal akan siapa yang menciptakan aku.Aku mula blajar menyebut 'Allah' ketika di tadika.Aku masih ingat bagaimana aku mengajar rakan tadika aku menyebut kalimah allah yang lazimnya sukar disebut oleh kanak-kanak.Ketika dalam usia 12 tahun, aku belajar mengenai Tuhan di sekolah agama rakyat.Satu hari ketika hujan,aku cuba menguji keyakinan aku kepada Tuhan.Aku membaca bismillah sambil meyakini Air hujan tidak membasahi tubuhku.Tapi tubuhku tetap basah.Ketika usia kecil itu,aku mula bertanya,mengapa Tuhan tidak mendengar apa yang akun yakini? aku mula menyoal wujudkah Tuhan?Dalam konflik yang kompleks ini,pelbagai soalan mula timbul.Dengan usia yang begitu kecil,aku terus mencari dan mencari.aku buka buku-buku yang aku kira boleh membantu.Aku masih ingat ketika membaca Ihya Ulumuddin karangan Al-Ghazali.Penerangannya mengenai Tuhan begitu kompleks.
Ketika usia 13 tahun,persoalan menjadi semakin hebat.Dan aku terpaksa semakin kuat mencari.Setiap bulan,dulu aku pasti membeli majalah Dewan Agama dan Falsafah.Ketika itu aku agak tertekan.Ketika kanak-kanak lain menikmati zaman bahagia mereka.Aku dihimpit dengan persoalan-persoalan ketuhanan yang merumitkan.Ketika itu aku amat takut kerana dari apa yang aku belajar ragu-ragu dan was-was iru boleh membatalkan syahadah.Aku amat bimbang amalan-amalan aku akan ditolak keseluruhannya jika terus mewujudkan persoalan seumpama itu.
Persoalan yang tidak terhenti...
Aku bingung.Semakin aku cuba menyembunyikan persoalan itu,semakin kuat ia memberontak dan menjelma dalam ruang minda.Adakah aku sedang diganggu syaitan?Ketika itu aku menidakkan keraguan ir=itu dengan mengatakan semua ir=tu hanyalah gangguan syaitan.Yang masih aku ingati,semakin bayak aku mencari dan menyoal,semakin jauh perjalanan.Kadang-kadang terasa 'dipaksa' memikirkan perkara seumpama itu.Aku turut mengkaji sejarah agama lain.Ketika itu aku mula membandingkan agama lain dengan Islam.kadang-kadang terasa menyeronokkan apabila bertemu jawapan.
Lama-kelamaan,persoala-persoalan itu kebanyakannya telah ku temui jwapannya.Persoalan-persoalan itu semkin kurang kuajukan pada diri.Entah bagaimana aku diuji dengan kelemahan yang lain sehingga 'melupakan' persoalan itu.
Yang aku inginkan
Itu semua adalah peristiwa bertahun-tahun yang lalu.Kini aku merasa tidak puas dengan kehidupan.Aku ingi mencari hakikat sebenar hidup di muka bumi ini.Jauh disudut hati,aku ingin sekali mengenali Allha yang aku sujud kepadanya setap hari.Ingin sekali aku melihatnya.Ingin sekali aku brjumpa dengannya.aku tahu bahawa Dia ada.Dia maha hebat.Dia Maha suci.Aku ingin sekali tenggelam dalam kemanisan beribadat kepada-Nya.Aku ingin sekali taat kepada-Nya.Aku inginkan makrifat yang lebih jelas tentang Islam.
Namun,aku sering tersilap langkah.Terbelenggu dengan sisa was-was yang kadangkala hadir.Terbelenggu oleh nafsu yang selalu bergelojak buas melampaui batas.Yang menjauhkan aku dari-Nya.Yang menjadikan aku selalu leka dan lalai.Tidak semudah itu untuk menentang kejahatan dalam diri sendiri.Ia ternyata lebih kompleks.Aku tahu aku btidak punyai banyak masa untuk 'mancari'Nya.Aku memang mengharapkan keyakinan yang jitu yang tidak diganggu gugat oleh kabus keraguan.Aku mahu kembali menjernihkan hati yang sudah ditampal-tampal oleh kejahatn nafsu.
Walau apa pun.Perjalanan pemikiran yang aku baru temui permulaan barunya ini sunggu mengasyikkan.Dan pertama aku perlu kaji adalah corak pemikiran sendiri yang sudah tentu banyak compang-campingnya.Aku perlukan ilmu.Aku perlukan pengalaman.Aku perlukan Tuhan.Aku perlukan teman berdiskusi dalam perkongsian ilmu dan pemikiran dan orang itu telah ada untukku.
No comments:
Post a Comment