Monday, November 23, 2009

Kisah seorang kapten kelab bola sepak

Roy Keane telah dibuang dari MU selapas bergaduh dengan pengurus..pasukan ini pun sama..kapten dan pengurus sedang berbeza pendapat tapi kapten masih memimpin


Beliau telah menjadi kapten kepada pasukan itu lebih kurang 10 tahun...pasukan itu sejak 10 tahun lalu beraksi cemerlang.dulu menang satu piala ja..tapi sekarang dah menang 4 piala..tapi sejak akhir-akhir ni pasukan itu merosot prestasinya.baru ni kalah ..sebelum tu menang tipis ke atas pasukan lemah...semua penyokong mula bengang..pemerhati bola sepak professional mula memberi komen agar kapten tersebut ditukar..

Sehingga pengurus kelab pun ada menasihatkan perkara yang sama tapi masih belum benar-benar tegas...banyak rakan sepasukan dan penyokong melahirkan suara yang sama...namun masih ada penyokong yang berkeras mahukan si kapten terus bermain..dan kapten pun berkeras mahu terus bermain dan tidak akan meletakkan jawatannya dengan tidak menghiraukan pandangan pemerhati professional.."ahh kajian beliau tidak terperinci, saya baru turun padang takkan dah nak disuruh keluar..kita akan terus bermain".

Masalah disiplin rakan sepasukan tidak diselesaikan..bergaduh sesama sendiri...ada yang pergi membocorkan taktik pasukan ini kepada pasukan lain.tapi isu tersebut masih tergantung..ada yang senyap-senyap berpakat dengan pasukan lawan malah kapten dilaporkan turut terlibat selain sayap kiri dan rakan penyerang kapten yang juga seorang pemain penyerang.tapi si kapten senyap dan tidak bertindak apa-apa.peangurus telah lama menghidu masalah ini.pengurus tidak boleh membuang pemainnya.tapi pemilik pasukan ini iaitu funding orang ramai sahaja yang boleh membuat keputusan...

PERSEPSI terhadap pasukan semakin buruk.penyokong mula berkurang..prestasi mereka hambar...dalam perlawanan liga ke 13 yang dijangka berlangsung pada 2013 ini pasukan ini bakal berdepan masalah jika beberapa pemain yang berprestasi buruk masih dikekalkan..malah mungkin pasukan ini akan kalah teruk dan turun divisyen..aku penyokong tegar pasukan ini..aku sayangkan pasukan ini..kami para penyokong menggesa pemain-pemain yang bermasalah ini segera dibuang..liga ke 12 mereka beraksi cemerlang..liga ke 13 bagaimana?

No comments: