Monday, November 23, 2009

Berapa banyak masa hidup kita terbuang?


Huh...memang lama blog ni tidak diupdate...memang dah bercendawan dan berkulapuk..hahaha...tiba-tiba persoalan masa hidup ni bermain dalam fikiran aku..berapa banyak masa hidup terbuang?

Tapi pertama sekali mesti kita mahu tau..untuk apa kita hidup?Jika hidup untuk membuang masa..suadah tentu masa hidup tidak terbuang..jika hidup untuk enjoy..sudah tentu masa hidup kita tidak terbuang..jika hidup untuk dapat kerja besar,gaji besar,kereta besar,bini cun..bila semua ini tercapai..walaupun mungkin salah satu tak dapat pun... masa hidup masih tidak terbuang..tapi bila kita fikirkan secara mendalam sebab apa kita berada di dunia?takkan dunia ini hanya setakat ijazah? harta? wanita? keluarga ?pangkat?takkan masa kita di dunia ni hanya untuk itu semua?sebab aku melihat orang-orang yang telah mencapai semua ini...jiwa mereka bukanlah bahagia..masalah keliling pinggang..lagipun jika dunia ini untuk itu semua..maka orang yang tidak mendapat semua itu dikira gagal..tapi aku tengok ada orang yang tidak mendapat itu semua tapi hidupnya senang dan gembira..maka sudah pasti ada satu parameter lain untuk mengukur tujuan hakiki hidup kita...

maka Allah telah memberikan jawapannya di dalam kitab Al-Quran sua az-zariyat ayat 56 yang bermaksud "tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadat kepada-Ku"..

maka sudah pasti tujuan hidup hakiki kita adalah untuk beribadah kepada Allah..ya benar sekali..tapi bukan mudah untuk kita "appreciate" ayat ini..berapa ramai manusia yang tahu mengenai suruhan ini tapi berapa ramai yang mampu menghayatinya?Kerana kalau kita renungkan dalam diri kita..andaikan kita memnag tahu ini tujuan hidup kita...maka berapa banyak masa hidup kita yang kita gunakan untuk ibadah?Ibadah adalah kehidupan dan kehidupan adalah ibadah..belajar itu ibadah,naik kereta ibadah,pergi 'shopping' ibadah,makan ibadah,melancong ibadah,bersembang ibadah,pergi tengok wayang ibadah..adakah kita melakukan kehidupan harian dengan niat ibadah?

Jika bukan ibadah maka apa lagi? mungkinkah maksiat?maka adakah kita memegang falsafah itu.? Jika tidak, berapa banyak masa hidup kita terbuang?ya aku rasa banyak sekali..eh..bukan sekali banyaknya mungkin berjuta-juta kali..anda bagaimana?

1 comment:

Afiqah Anwar said...

AGREE... manusia hanya nampak nikmat dunia shj.. tapi mereka lupa janji Allah ttg kenikmatan akhirat... and bcoz of that ramai sgt manusia skg yg semakin jahil sbb terlalu mengejar kenikmatan and kemewahan dunia... semoga kita semua tak tergolong dlm golongan ini.. Amin~