Aku menyertai program khidmat kesihatan di selangori.Seperti biasa, program khidmat kesihatan seumpama ini sudah tentu berjumpa dengan pelbagai karenah dan ragam masyarakat yang pelbagai.Cuma yang satu ini agak menarik perhatianku.
“Pak Cik memang dah ade darah tinggi ke?”,aku bertanya
“Ya,dah lima tahun dah”,
“Pak Cik makan ubat yang doktor bagi tak?”
“Tak selalu la,saya makan bila rase pening je,kalau tak saya tak makan”
“Tak boleh macam tu pak cik,pak cik kene makan ubat tu ikut nasihat doktor, kene makan setiap hari,jangan skip.”
“Takpe,saya tau bile darah naik,saya akan rase pening,lepas tu baru la ambil ubat..”
“Bahaya macam tu pak cik,yang paling kite takut nanti lame-lame boleh dapat stroke,tu sebab kene makan ubat,"
“Itu semua kan kehendak Tuhan...”
“Tapi kite kene ade useheuntuk elakkan pak cik”
Berlaku sedikit perbahasan selepas itu, sambil beliau mengungkapkan dalil hadis , tapi ayat yang mengejutkan apabila pak cik itu mengeluarkan ayat berikut,”
“Tak boleh terlalu bergantung kepada ubat sangat,nanti boleh jadi syirik...”
“Oh macam tu ke..Pak Cik kerje ape ye?”
“Saya mengajar agama di sekolah”..
Cuba kita renungkan apakah masalah sebenarnya...Mengapa beliau tidak mahu makan ubat mengikut dos yang dinasihatkan malah sehingga takut dikatakan syirik?Katakan bahawa petrol yang diperlukan sebuah kereta untuk perjalanan dari Klang ke Kuala Lumpur adalah RM10.Maka jika diisi RM 5 mungkin tidak cukup untuk sampai ke destinasi.Maka dengan pengetahuan yang ada maka sudah tentu kita akan mengisi petrol sebanyak RM10 supaya sempat sampai.Jadi ini adalah kebiasaan yang difahami.Konsepnya sama sahaja bahawa dos ubat yang dinasihatkan untuk mengawal tekanan darah adalah berdasarkan kajian dan pengetahuan.Jadi sudah tentu memerlukan dos yang cukup unruk mencapai tujuan itu.
Mengapa bila makan ubat mengikut dos dipersoalkan sedang mengisi minyak mengikut jarak perjalanan tidak dipersoalkan?Mengapa berbangkit hal syirik bila disuruh makan ubat mengikut dos sedang tidak pernah berbangkit bila mengisi minyak mengikut jarak perjalanan?Ini kerana jika tidak mengisi minyak dengan cukup sudah tentu kereta mati di perjalanan jadi kesannya segera dan mudah difahami sedang tidak mengambil ubat itu kesannnya jangka panjang untuk dapat dilihat.Yang masalah disini sebenarnya bukan syirik.Tetapi ilmu pengetahuan yang kurang!
Tentang Usaha dan Tawakkal..
Ya,yang berkomunikasi dengan aku adalah seorang ustaz,tapi aku langsung tidak bersetuju dengan ayat ungkapannya.Aku sama sekali bersetuju bahawa pergantungan mutlak kepada Allah dalam setiap aspek kehidupan adalah keyakinan asas yang perlu dipegang bersama.Namun apakah yang dikatakan pergantungan itu sebenarnya? Adakah bediam diri ,berdoa dan terus mengharap?
Mudah sahaja jwapannya.Lihatlah Sejarah Nabi Muhammad SAW.Saya kira kita semua tahu usaha dakwah dan perjuangan Nabi dalam mengajak manusia bukan mudah.Pelbagai rintangan dihadapi baginda.Namun baginda tetap gigih berusaha sedaya yang mampu untuk menyampaikan seruan Islam.Dan baginda sentiasa berserah kepada Allah dalam usaha dakwah baginda.Jika dilihat dengan akal yang sihat,Nabi adalah yang paling kuat pegantungannya kepada Allah di langit dan bumi namun beliaulah yang paling kuat berjihad sedaya upaya untuk menegakkan kalimah Allah.Jika kita lihat, Islam dimenangkan dengan Jihad dan doa yang merupakan senjata Mukmin.Islam tidak dimenangkan dengan karomah semata-mata.Jika begitu,tidak perlulah umat Islam disuruh untuk berjihad.
Ini menunjukkan kita dituntut berusaha secara maksimum untuk memperoleh sesuatu dan meletakkan pengharapan kepada Allah untuk menentukannya.Makanya usahalah bersungguh-sungguh kerana itu tuntutan Allah dan berdoa kepadanya.Suka saya menggunakan istilah ‘daerah kita’ dan daerah Tuhan’ untuk memberi gambaran yang lebih jelas.Daerah Tuhan adalah daerahNya yang Maha Luas yang tidak terhitung yang terletak atas kehendakNya.’Daerah kita’ adalah tubuh badan kita dan kemampuan terbatas yang kita miliki ini yang juga dikurniakan oleh Allah.Adakah kita telah menggunakan daerah kita yang terbatas ini dengan seluas kemampuan kita?Mengapa tidak mahu menggunakan kemampuan diri kurniaan Allah lantas menuntut kesenangan dari Allah? Mengapa tidak mahu makan ubat untuk mengawal penyakit sedangkan itu adalah sebahagian dari ‘daerah kita’?
Jika kita analogikan lagi,bukankah bodoh orang yang mahu ke kuala Lumpur dari Perlis tetapi tidak mahu mengisi minyak kenderaan sedangkan sudah sampai di stesen minyak.Lantas dia pun hanya berdoa supaya sampai sambil tidak mahu berusaha.Ia berbeza jika sedang di tengah jalan sunyi sambil melihat meter minyak mencecah ‘empty’,lalu dia pun berdoa kepada Allah agar diberi pertolongan.Begitu juga dalam halnya dalam makan ubat.Mengapa tidak mahu makan mengikut dos yang diperlukan seperti mana tahunya kita jumlah petrol yang perlu untuk perjalanan Kuala Lumpur ke Perlis?Maka salahkah berusaha mengikut pengetahuan terbatas yang kita ada?
Syirik bergantung kepada ubat?
Ya memang syirik jika bergantung kepada selain Allah..Tetapi adakah bergantung kepada ubat dikatakan syirik?Inilah yang terjadi apabila malasnya usaha dan malasnya berfikir.Mengapa tidak timbul soal syirik apabila lapar perlu makan? Apabila dahaga perlu minum?sedangkan apabila sakit perlu ubat juga adalah sama konsepnya?Tidakkah kita tahu bahawa ubat itu sebenarnya hanyalah bertindak mengikut sunnatullah.Sebagai contoh,salah satu ubat darah tinggi, beta-blocker seperti propanolol ataupun metroprolol. Tidakannya Mengurangkan pengecutan jantung supaya darah yang dipam berkurang jumlahnya lantas mengurangkan tekanan darah.Sudah sunnatullah apabila beta-1 receptor pada jantung disekat, maka tidakan adrenaline yang menguatkan pengecutan jantung juga disekat lantas mengurangkan pengecutan jantung.Mekanismenya lebih kompleks lagi, tetapi semuanya adalah menurut sunnah Allah.Bukankah ia lambang kebesaran Allah.
Jadi ubat itu hanyalah sebahagian dari sunnatullah.Jadi persoalannya,adakah syirik bergantung kepada sunnatullah?Ia sebenarnya sama dengan konsep sunnatullah antara apabila lapar perlu makan dan apabila dahaga perlu minum dan beta-blocker boleh mengurangkan tekanan darah.Tetapi penafsirannya telah menjadi sempit kerana kita tidak tahu apa yang berlaku pada ubat itu. Kenapa kita tidak tahu?Bukankah puncanya adalah tidak berusaha untuk tahu? Sudah menjadi sunnatullah juga darah tinggi kesan akhirnya adalah stroke,maka menjadi sunnatullah juga jika darah tinggi berjaya dikawal stroke dapat dielakkan,maka seperti yang dinyatakan tadi,ubat tadi bertindak secara sunnatullah untuk mengurangkan darah tinggi,dan dos perlulah seperti yang ditetapkan agar kesannya lebih baik seperti tahunya kita untuk mengisi minyak kereta untuk jarak perjalanan tertentu.Wallahualam
4 comments:
subhanallah..post kat atas ni betul2 memberi persepsi yang baru
secara jujurnya bila baca tajuk ""Tak boleh bergantung sangat kepada ubat,nanti syirik!"" memang ingat ubat=syirik..so x payah nak persoalkan, terima je sebab ini keputusan ulama'..dah x perlu baca post nie..inilah juga agaknya tanggapan kebanyakan orang ramai termasuk yang bergelar profession DR.. x terdetik pun nak mencari reason di sebaliknya..
sebelum ni ada jugak terdetik dalam hati dan fikiran mencari reason untuk membenarkan kenyataan bahawa ubat itu syirik melainkan jika kita fikir bahawa yang ubat itu sendiri dicipta menggunakan kudrat yang Allah beri..memerah otak untuk mencari formula..kudrat tubuh badan yang Allah beri bagi menghasilkan ubat..
rupanya memang benarlah sikap kita yang malas mencari kebenaran, malas untuk berfikir menyebabkan kita terus berada di dalam kejahilan dan kekolotan..
Perggghhh... kalu ak, ak dh laser dh pak cik tu..
Salam.
Pakcik baru terjumpa blog ini.
Kupasan yang sangat menarik. Wajar diterbitkan dalam media cetak supaya liputannya lebih meluas.
Post a Comment