Sunday, May 24, 2009

Berbicara tentang cinta

Cinta memang satu perkataan lazim yang difahami umum..maka tak perlu dihuraikan lagi maknanya...maka terus-terang saya katakan saya mahu bicarakan tentang cinta antara lelaki dan wanita.Inilah cinta jenis cinta yang paling masyhur di seluruh dunia yang difahami segenap lapisan masyarakat..


Cinta..Apakah ia?


Cinta antara lelaki dan perempuan memang selalu di lagukan,disyairkan malah difilemkan.Malah setiap filem pasti akan ada unsur cinta menggambarkan betapa sebatinya cinta dalam kehidupan manusia.Cinta antara seorang teruna dan dara memang menarik dikisahkan.Getarannya berbeza.Geloranya menyesak dada.Ya,ia memang sesuatu yang indah.Malah boleh menjadikan segalanya bahagia apabila bersama ketika cinta berbunga mekar.Ada yang mengatakan kentut pun menjadi wangi dek kerana cinta.Makan sejemput nasi boleh kenyang satu hari.Mendengar nama si dia sudah cukup untuk menggetarkan hati.Apa lagi melihat dan apatah lagi menyentuh.Hari-hari yang dilalui menjadi lebih bercahaya.Itulah penangan cinta yang boleh mengubah segala-galanya menjadi bahagia.


Cuba renungkan sejenak...


Kenapa cinta antara lelaki dan perempuan itu diciptakan dengan berbeza dan istimewa?Mengapakah tarikannya begitu mendalam? Itulah lambang kebesaran Allah.Tarikan yang diciptakan pada wanita itu pada asasnya adalah untuk memelihara kemandirian spesies manusia.Ia sebenarnya untuk memastikan manusia itu terus berkembang biak.Jika kita perhatikan, Allah menjadikan fizikal wanita itu menarik pada pandangan lelaki.Tidak cukup sekadar itu,Allah kurniakan juga perasaan cinta itu untuk memastikan proses pembentukan zutiat itu lebih sempurna.


Cuba kita bayangkan jika perasaan cinta tidak disertakan dan hanya tarikan fizikal yang ditawarkan,maka samalah seperti seekor ayam jantan tertarik kepada seekor ayam betina,seekor kuda jantan tertarik epada seekor kuda betina.Maka dari situ kita melihat bahawa perasaan cinta itu dikurniakan untuk menigkatkan martabat manusia.Ini bersesuaian dengan taraf manusia sebagai khalifah di muka bumi.Ini juga menunjukkan soal zuriat adalah persoalan suci yang perlu dipelihara setiap generasi manusia.Ayam dan kuda tidak pernah kisah siapa bapa mereka,siapa keluarga mereka.Yang penting dapat makanan yang cukup untuk terus hidup.


Berbeza dengan manusia,untuk seorang manusia hidup,keperluannya lebih kompleks.Perkembangan fizikal,emosi dan intelektual amat diperlukan.Untuk memperoleh semua ini,maka di sana perlu ada institusi keluarga yang kukuh.Maka perlulah dia akan didikan ibu ayah untuk memenuhi keperluan hidup si anak tadi.Maka sudah pasti ibu dan ayah itu perlu saling mencintai supaya si anak tadi terdidik dengan sempurna dalam suasana bahagia.Nah, lihatlah fungsi sebenar cinta! Untuk membentuk generasi manusia dari abad ke abad.Persoalannya,adakah irama cinta yang sedang menyanyi dalam diri anak-anak muda sekarang bertepatan dengan tujuan cinta itu diciptakan?


Cinta dan harganya..


Cinta yang sejati itu mahal harganya.Ia tidak boleh dilihat pada pandangan yang dekat.Dalam menilai cinta,kita perlu berpandangan jauh..Bukankah kita beragama Islam?Bukankah kita diajar untuk memandang ke akhirat.Jadi cinta yang mahal itu adalah cinta yang menjangkaui batasan kehidupan dunia bahkan sehingga akhirat.Kenapa? pelik ke?macam retorik je..Tidak!Kan kita orang Islam..maka mestilah yakinkan akhirat.Boleh terbatal keIslaman kalau tak percaya!Jadi itu lah asasnya.Cinta yang mahal itu perlulah berorientasi dunia akhirat.


Bila asasnya sudah betul,maka bunga-bunga yang mekar dari cinta itu pastinya terus subur.Yang mahal pada cinta adalah seninya.Seni itu bagaimanapun perlu mendapat izin Tuhan.Baru seninya adalah seni yang diluluskan.Dan kelulusan itu mudahnya adalah perkahwinan.Jadi seni cinta itu tidak sempurna jika tidak diluluskan.Samalah dengan quality control SIRIM.Kan bahaya menggunakan barangan elektrik tanpa kelulusan SIRIM?Silap-silap boleh meletup.Samalah dengan cinta.Jika dah diluluskan baru jalannya betul.


Fenomena ‘ couple’..



Ya inilah yang saya perhatikan dari sekolah menengah sampailah sekarang.Saya mengaku...memang la teringin..kalau tak teringin maknanya kurang hormon.Tetapi adakah cinta dalam couple ini menepati tujuan penciptaan cinta? Keindahan cinta dan tarikan pada wanita itu adalah untuk apa?Bagi yang berfikir hidup ini hanya dunia..Sudah tentulah tarikan itu untuk berseronok dan memenuhi nafsu semata-mata.Ya memang tarikan wanita itu sesuatu yang menyeronokkan.Tapi itulah ujian Tuhan.Seperti arak dan air sirap.Arak haram dan sirap halal.Maka kita sudah tentu memilih sirap.Begitu jugalah pilihan cinta.Cinta yang diluluskan adalah selepas kahwin...maka pilihlah..


Couple memang sudah salah dari segi dasar penciptaan cinta dan asas kepada harga cinta itu sendiri..Itulah sebab orang selalu bercakap mengenai cinta monyet..iaitu cinta yang tidak bertujuan dan hanya untuk memenuhi kehendak nafsu selari dengan peningkatan testosterone.ya..memang seperti kelakuan monyet...tetapi kebanyakannya tidak sedar yang mereka telah ‘memonyetkan’ diri...wallahualam..



4 comments:

Anonymous said...

salam~
menarik artikel ni...smg awk dipertemukan jodoh yang baik, amin...

Mujahidah Timur said...

Salam ukhuwah, salam perjuangan..
Good article.Keep it up.. penulisan yg terhasil dari hati! Ayat-ayatnya indah dan ada bunga-bunga cinta yang terlakar. Itu tak la menjadi topik ana.Saje nak memuji apa yg benar! SEkadar berkongsi pndangan..Hebatnya cinta selepas berkahwin kerana disitulah ada keberkatan Allah swt. Amalan orang yang dah kahwin ni Allah lipat gandakan pahalanya.. Di dalam perkahwinan itu adanya ketenangan, rahmat dan mawaddah serta sakinah! Tenangkn dan damaikanlah hatimu anak muda sekalian dengan restu Ilahi.. kenapa nak memilih kemungkaran Allah? Kita tetap dapat rasai cinta manusia sama ada kahwin atau tidak,tetapi jelas sangat bahawa cinta sebelum kahwin,murka yg kita dapat. Cinta selepas kahwin, redha Allah yg kita dapat!!
(Cukuplah Allah bagiku)

cahaya said...

gud artikel...suke dgn analogi2 yg dibawa...gaya macm diuji dgn cinta manusia jer..sabor yer dgn ujian Allah...

Anonymous said...

betul2.bahagianya bercinta lepas kahwen..LUV U VERY MUCH SYG =)