Aku sedang menikmati nasi ayam yang termurah di Malaysia bersama sirap limau yang hanya berharga 80 sen.Suhu ketika itu mungkin mencecah 39’C.Matahari terik memancarkan cahayanya ke muka bumi.Ketika aku menghatyati keenakan nasi ayam itu, aku terpaling ke arah seorang lelaki yang berumur mungkin awal 40-an.Lama aku memerhatikan beliau mengecat bangunan sebelah restoran itu.Badannya dipenuhi percikan cat putih yang.Peluh dan keringat dilihat membasahi badannya.Di wajahnya terpancar kepenatan.Mana tidaknya mengecat dinding sebuah kedai pada cuaca panas, sememangnya memenatkan.Namun dalam masa yang sama aku pasati beliau tidak menghiraukan kepenatan yang dilaluinya demi suatu ganjaran yang lebih besar.
Aku mula terfikir..itulah kepenatan yang terpaksa ditempuhi dalam mencari sesuap nasi yang bukan sahaja untu dirinya malah untuk isteri dan anak-anak.Walau sepenat mana sekalipun, perjuangan untuk meneruskan kehidupan perlu diteruskan.Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu,harga barangan yang semakin meningkat, sudah tentu arus kehidupan yang dilalui lebih sukar.Ya memang aku tidak kenal siapa lelaki itu, tetapi itulah yang aku bayangkan tentang beliau.
Bila berbalik kepada diri, aku mula terasa bahawa kurangnya rasa bersyukur dalam diri..Aku tidak pernah kepenatan mencari duit..Wang belanja pemberian ibu bapa dan biasiswa sebenarnya lebih dari cukup.Kuasa beli yang aku miliki aku rasakan begitu besar shingga ada yang mengatakan aku suka membeli barangan yang bukan-bukan..Ah itu tak mengapa, apa yang penting kita perlu sedar bahawa ramainya orang di sekeliling kita yang bersusah payah memerah keringat demi meneruskan kehidupan..betapa banyaknya nikmat yang dikurniakan kepada kita..Cuma kita yang jarang bersyukur dan menghargai nikmat yang telah tersedia..wallahualam
1 comment:
mcm x caye jer nasi ayam plg murah 80 sen...ktne tu?
Post a Comment