Sdr D,rakan aku berbangsa India,beragama Hindu.Satu matrik dengan aku.Sekarang ni pun satu batch dalam 3rd year.Dulu dia seorang yang aku fikir sombong dan tak mudah mesra.
Sangkaan aku meleset..Dia sebenarnya mudah mesra,peramah dan yang paling menarik, suka berbincang soal agama dan ketuhanan!Ya dia seorang penganut agama Hindu yang baik.Aku kagum dengannya.Tak ramai anak muda yang minat pada agama mutakhir ini.D berfikiran terbuka.Mudah dibawa berbincang dan mudah menerima pendapat orang lain.
Semalam 2 jam kami berbicara soal agama dan ketuhanan.Ya, pengetahuannya tentang agama Islam sangat menakjubkan.Tahu mengenai para nabi,Al-Quran,menghafal sedikit hadis dan tahu mengenai sejarah Qurban nabi Ibrahim.Dia memang seorang yang berfikir dan sentiasa mencari.
Dalam perbincangan lebar itu,kami sentuh beberapa isu agama yang begitu dasar.Bagaimana mana kaedah agama Hindu dalam mempercayai Tuhan dan bagaimana Islam meletakkan kaedah mengenal Tuhan.D memang kritis.Dia sendiri mengatakan,"I think Islam has the correct pace in searching for God."Dia turut mengkritik konsep penyembahan berhala yang dikatakan sebagai medium untuk sampai kepada Tuhan.
Dari apa yang dibincangkan kami bersetuju bahawa Tuhan itu ada dan Tuhan itu satu.Biarlah apa tanggapan manusia,Tuhan itu tetap ada.bagi Devan dia tetap dengan agamanya dan mengatakan semua agama itu boleh menjumpai kepada Tuhan yang sebenar.Aku tidak setuju,aku katakan Tuhan hanya menerima satu agama.Hanya satu agama yang diterima.Setiap agama mempunyai intrepetasi berbeza terhadap Tuhan.Tuhan sudah tentu mahukan intrepetasi yang paling tepat.
Aku katakan kepadanya,perbincangan ini bukanlah untuk mencari siapa yang menang tetapi untuk kita saling memahami,berkongsi dan mengangkat kebenaran.Aku mengharapkan perbicangan itu tidak terhenti dan akan terus-menerus sehingga dia bertemu kebenaran.
Aku malu kepadanya.Aku kenal pada tuhan.Aku tahu Dia ada.Tapi kenapa selalu buat-buat tak kenal.Aku sering lalai dan banyak melakukan dosa.Aku mengharapkan keimanan aku sentiasa teguh dan sentiasa bertambah baik.
"Ya Allah aku memohon diberi kekuatan dan diberikan makrifat yang sebenar tentang agama-Mu.Aku memohon agar kurniakanlah kepadaku ini hati yang Ikhlas.Sucikanlah ia dari kotoran dosa dan nafsu.Sejukkanlah hati ini dengan salju keyakinan kepada Mu.Sesungguhnya Hidayah itu milik-Mu.Engkau sahajalah yang berhak memberikan hidayah kepada sesiapa yang engkau kehendaki.Aku pohon padamu berikanlah cahaya hidayahMu kepada rakanku itu agar dia turut mendapat cahayaMu."
1 comment:
amin!!!...kalo sahabat tu da berjaya convert islam..jgn lupa gtau yer...semoga Allah memberi taufiq n hidayah kpd beliau...
Post a Comment