Namun cabaran datang silih berganti.Setiap projek ada karenah masing-masing.Banyak sungguh ujian Allah.Mungkin untuk menguji keikhlasan aku.Mungkn juga untuk membersihkan dosa-dosa aku yang banyak.
Berkedudukan sebagai orang berjawatan memang susah.Kadangkala terperangkap dengan rasa takabbur,riak, ujub dan banyak sifat buruk yang lain.Apa nak buat,itulah manusia yang sememangnya lemah.Kita gembira apabila dipuji walhal belum tahu berapa ramai yang tak berpuas hati dengan kita.
Walau apa pun,cita-cita aku hanya untuk melihat rakan-rakan muslim aku rasa dipelihara dan terjaga kebajikannya.Walaupun ia sedikit retorik tapi itulah asasnya.Aku inginkan suasana Islam itu dirasai oleh rakan-rakan aku.Aku tak rela melihat kita dipandang rendah oleh yang berkenaan berikutan kelemahan kita.
Ya, memang kita masih lemah sekarang.Ramai lagi kurang mahir berbahasa Inggeris.Ramai lagi yang masih kurang memuaskan pencapaian akademiknya.Tapi kita tak pernah ada sistem untuk bantu-membantu senior-junior.Kebanyakan kita mementingkan diri sendiri.Betul ke? Ada orang kata "kita memang lemah,nak buat macam mana".Betul ke pendapat ni?Semua jawapan tu terletak pada diri kita
Aku tetap percaya bahawa dengan Islam kita akan berjaya.Tapi kenapa ramai orang Islam lemah zaman sekarang?Jawapannya ada pada kita.Lihat saja pada diri kita.Tengok balik dalam diri kita yang lemah ini.Ada dosa yang terlalu banyak dalam hati.Terlalu cinta dunia.Tak dapat menilai kebenaran dengan mata hati.Bahkan ramai antara kita pun masih belum yakin dengan Islam.Mengapa begini?Inilah yang dikatakan kurangnya ilmu.Kerana apa? kita tidak mencari.
Jadi sebenarnya kita diberi pilihan oleh Allah.Kita yang banyak memilih jalan yang tak sepatutnya. Lihat pelajar Cina,mereka kebanyakannya bukan beragama Islam.Cuba lihat pada keazaman,kesungguhan yang ada pada mereka.Sangat menakjubkan.Kenapa kita tak boleh begitu?Jawapannya ada pada kita.Mahu atau tidak.
Aku dalam dilema yang sangat berat. PSIPUM sebenarnya membawa imej Islam kepada mereka yang bukan Islam. Jadi setiap keputusan mesti dibuat dengan berhati-hati. Apakah yang harus aku lakukan untuk memastikan imej Islam terpelihara.PSIPUM perlu dibentuk dengan baik.Secara tidak langsung, aku dan setiap kita membawa imej Islam.Tetapi dengan sikap yang aku ada masa kini,aku tidak merasakan bahawa aku telah membawa imej Islam dengan baik.Kerana apa? kerana kelemahan masih jelas.Perubahan amat perlu aku lakukan.Sebelum menyeru rakan-rakan aku mengamalkan Islam,aku mesti buat dulu.Mampu atau tak itu terpulang pada diri aku.Aku bakal dipertanggungjawabkan di akhirat nanti atas apa yang aku pimpin.
Berkenaan dengan medsoc(Medical Society), ia juga satu isu.Dulu masa AGM Nafis ,Abang Azizan dan aku hantar bantahan pada HEP.Aku memang tak puas hati sangat bila tahu percaturan untuk jawatan tertinggi MEDSOC tidak ada rakan seagama aku.Aku bukan nak bolot.Tapi aku cuma nak wakil kita ada dalam MEDSOC dan ia penting sebagai medium perpaduan kaum dan dakwah.Bantahan tu memang sah. Sebenarnya untuk tarik balik bantahan adalah atas keputusan aku.
Masa tu Nafis pergi ward round.Hanya aku dan Abang sebagai wakil pembantah. Nafis setuju untuk tarik balik bantahan.Kenapa aku tarik balik bantahan? Semua rakan-rakan lain tak setuju.Aku dikatakan pengecut dan tak tetap pendirian.Semua orang tak puas hati dan nak penjelasan.Tapi aku tak pernah memberi jawapan sebenar sehinggalah warkah ini ditulis.Sebenarnya sebab aku toleransi adalah kerana aku bawa imej Islam.Faktor lain yang kuat adalah kita perlu tengok salah kita.
Soalnya strategi mereka lebih mantap.Dan kita lalai tidak ada strategi.Yang turun ke AGM pun sebenarnya tak cukup untuk menang.Ramai antara kita masih buat tak peduli.Aku memang sengaja tak nak tanya orang lain terlebih dahulu sebab aku dah tau jawapannya.Mesti tak bersetuju.Memang maruah kita sudah diperkotak-katikkan.Tapi soalnya kitalah yang membiarkan ianya diperkotak-katikkan terlebih dahulu.Tapi isu ini dianggap selesai.Semua orang seolah-olah dah lupakan perkara ini.
Sekarang adalah fasa untuk aktiviti MEDSOC.Aku sertai Baktisiswa Sarawak.Aku sertai MUNUS game.Aku nyatakan sokongan kepada mereka.Dalam masa yang sama aku pun jadi pengarah untuk projek PSIPUM yang terbesar-Ekspo perubatan Islam.Dalam masayang sama juga, kerja yang diberikan PMIUM telah menimbun.Aku sebenarnya tak mampu nak handle semua ni.Exam pun dah semakin hampir.Banyak juga topik-topik yang aku tak pernah sentuh langsung.Lalu aku ambil keputusan untuk tak pergi basuh kereta untuk baktisiswa Sarawak.
Aku beri alasan aku sibuk dan tak dapat nak join sebab nak study.Mereka cakap kalau tak join kena bayar RM 50.Aku bayar RM 50 tu sebab aku tak nak dilihat sebagai tak memberi komitmen pada mereka.Sebab aku presiden PSIPUM.Aku akan cemarkan maruah Islam.Tapi aku bukan sengaja buat alasan.Aku betul-betul sibuk.Kebetulan lagi,projek besar PSIPUM bertembung dengan projek MEDSOC.Aku mesti selesaikan hal ini dengan baik.Kalau tak,mereka pasti tak puas hati.Isu jual buku nanti pasti akan timbul. Aku dah ada strategi untuk berniaga dengan berjaya yang aku yakin akan dapat untung yang banyak.
Cuba perhatikan,semuanya aku beralah dengan mereka.Aku bimbang tentang apa yang mereka rasa.Tapi pernahkah mereka memikirkan perasaan kita?Ini menjadi persoalan sebenarnya.Aku dilatih oleh PMIUM untuk berdakwah pada orang bukan Islam.Jadi aku wajib memastikan imej PSIPUM terpelihara.Tapi betulkah cara aku yang selalu bertoleransi?Bagi aku kita boleh bertoleransi dalam beberapa keadaan.Tapi ada keadaan yang aku kena tegas.
Aku sangat berterima kasih kepada rakan-rakanku yang banyak membantu dalam menghidupkan PSIPUM. PSIPUM medium penting untuk dakwah.Tapi aku perlu Islahkan diri aku yang hina-dina ini terlebih dahulu.Dan inilah jihad terbesar.
7 comments:
hidup PSIPUM..
chayok presiden..
DARI ALLAH swt datangnya dugaan menguji keimanan..
KEPADA ALLAH swt jualah setinggi-tinggi keikhlasan dalam melaksanakan perjuangan..TAKBIR
Biaserla beb... baru permulaan... penggunaan bahasa yang tidak melalut atau melulu mecerminkan keindahan sesuatu blog... penggunaan imej yang sesuai membuatkan pembaca tidak bosan...
Cara menulis blogs...
1-Mulakan dgn penggenalan yang lebih ringan [jgn ingat pembaca tahu ttg pemikiran anda]
2-masukkan isi bernas pd perenggan kedua dgn bukti2 yang sahih. pastikan tidak lebih 5baris.
3-baru letakkan main utama pada perenggan ketiga
4-letakkan sedikit sahaja kata nama khas supaya tidak menggacau sensitiviti.
5-tutup esei dengan muhasabah diri...
To know more about writting please call me...
MHRCorp@WriteCreative
MHRCorp@Institute of Understanding (IOU)
panjang sangat la... bosan... sikit-sikit jelah bang....
Allah menyukai org yng menjalankan sesuatu kerja dengan istiqamah walupun sedikit... bukan mcm ko... biler semangat trus tulis pnjg2... nyway... a good start...
"sayangi sahabat anda seperti menyayangi diri anda sendiri"
Heheh..Although U're my younger brother, we have a quite different point of view and the way of thinking. Thats good. I hope U still remember what I told U..equality in politics. Maybe next time U can write about it. .exam is very..very..very..near, sorry for not having time to read (I just read the title). Btw, study hard..study is no. 1, above all, our top priority. I hope that U can become a good muslim leader. One more..just to share my thought. Muslim should have to start to burn their desire..not burning flags..so lets works hard to achive the greatest in any field that we are in. In the meantime, we have to learn more about our religion..learn more about al-Quran..understand it. That's the real way to show our love to Allah s.w.t and Prophet Muhammad (P.B.U.H) Wassalam
sukati dia aaa... kita bebas bersuara. Lain orang lain style nye.. dia nk tulis panjang ke, pendek ke, ayat skema ke..ni kan blog die. Kalo sume sama je.. ape gune jadi orang lain. Biar ada identiti sendiri. Ape main tiru2. Kalo kite rasa kita hebat sgt menulis, menulis la di blog sendiri.. ye dak!
baru smalam buat da asik nk update je... bilenye nk stadi
salam ni yan n khalidah ni.. best gak artikel.. berjuang demi islam.. klau x npk hasil skrg insya allah akhirat mesti dibalas punye.. study..,, :) mari sama2 lulus ke klang.
pss// isu kolej camne..?? kami nak duk mane..
A very interesting read :)
pernah jugak timbul isu ni dulu. i guess medical faculty havent change that much since.
Post a Comment