Wednesday, April 9, 2008

Mengapa masih berbuat dosa?

Mengapa masih berbuat dosa?
Sedang tahu Tuhan memurkai,
Sedang tahu Tuhan memerhati,

Mengapa masih berbuat dosa?
Sedang tahu balasan menanti,
Sedang tahu panasnya api,

Mengapa masih berbuat dosa?
Sedang tahu malaikat di kanan dan kiri ,
Mencatat segala perbuatan diri,

Mengapa masih berbuat dosa?
Sedang sudah jelas wasiat nabi,
Quran dan sunnah perlu diikuti,

Mengapa masih berbuat dosa?
Sedang diri sudah berjanji,
Tidak akan mengulangi walau sekali,

Mengapa masih berbuat dosa?
Kerana menjadi kebiasaan diri,
Mungkir janji pada Ilahi,

Mengapa masih berbuat dosa?
Kerana maksiat menyelubungi hati,
Menutup cahaya dari Ilahi ,

Mengapa masih berbuat dosa?
Kerana nafsu yang menguasai,
Syaitan yang yang melingkari hati,

Mengapa masih berbuat dosa?
Kerana diri menzalimi diri ,
Kerana mengetahui tapi tidak mengerti ,

Mengapa masih berbuat dosa?
Segalanya berbalik pada diri,
Membuat pilihan yang Allah beri.

4 comments:

Anonymous said...

waduh..
knape xde org comen ko pye artkel arini
papepn psl artkel ko2
em arini pye cm berbezala
bgus2 gk
kdg kne ada ruang muhasabah diri utk pembaca
maby seme termuhasabah dgn artkel ko
smpi xorg nak comen..kueng kueng kueng..

Anonymous said...

repostaa... tlg la jgn copy paste...

Ahmad Hazwan said...

bile mase plak ak copy paste...ak tulis sendiri la beb...

Anonymous said...

ooiii..takde keje ke?bersajak lak?