Bismillahirrahmanirrahim....
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengarRasulullah SAW bersabda:
"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiaporang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya kearah perkara yang ditujuinya itu."
Hadis petama dalam kitab hadis 40 ini sudah acapkali didengari.Niat memang asas dalam membuat sesuatu..tak kiralah apa jenis perbuatan sekalipun..dari yang kecil hingga yang besar...apa yang penting cubalah renungkan sedalam-dalamnya sedalam laut yang paling dalam, benarkah kita benar-benar berniat melakukan sesuatu kerana Allah?
Kenapa pergi kelas? "sebab 'attendance' kena ambik..kalau tak tak boleh masuk exam..".
Kenapa study?"Ala exam kan dah dekat".
Kenapa ambik medic?"Terus dapat kerja,lagipun mak dah suruh"
Ini jawapan spontan yang lazim keluar dari mulut kita.Banyak lagi contoh soalan lain boleh buat.Jawapan spontan tu biasanya jawapan ikhlas dari hati.Inilah kita selama ini.Agak-agak kerja apa yang kita niatkan kerana Allah?Silap-silap solat pun tak tau lagi..
Jadi untuk apa menulis ? Lontarkan perasaan? idea? Hentam orang lain?Buat diari? Bangga diri?Puji diri sendiri? ..pandanglah dengan mata hati..jika kotor nescaya kabur,jika bersih pasti jelas pandangannya..Moga segalanya kerana Allah...Amin...
Sunday, August 31, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)