Saturday, May 23, 2009

Tukang cat itu...


Aku sedang menikmati nasi ayam yang termurah di Malaysia bersama sirap limau yang hanya berharga 80 sen.Suhu ketika itu mungkin mencecah 39’C.Matahari terik memancarkan cahayanya ke muka bumi.Ketika aku menghatyati keenakan nasi ayam itu, aku terpaling ke arah seorang lelaki yang berumur mungkin awal 40-an.Lama aku memerhatikan beliau mengecat bangunan sebelah restoran itu.Badannya dipenuhi percikan cat putih yang.Peluh dan keringat dilihat membasahi badannya.Di wajahnya terpancar kepenatan.Mana tidaknya mengecat dinding sebuah kedai pada cuaca panas, sememangnya memenatkan.Namun dalam masa yang sama aku pasati beliau tidak menghiraukan kepenatan yang dilaluinya demi suatu ganjaran yang lebih besar.


Aku mula terfikir..itulah kepenatan yang terpaksa ditempuhi dalam mencari sesuap nasi yang bukan sahaja untu dirinya malah untuk isteri dan anak-anak.Walau sepenat mana sekalipun, perjuangan untuk meneruskan kehidupan perlu diteruskan.Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu,harga barangan yang semakin meningkat, sudah tentu arus kehidupan yang dilalui lebih sukar.Ya memang aku tidak kenal siapa lelaki itu, tetapi itulah yang aku bayangkan tentang beliau.


Bila berbalik kepada diri, aku mula terasa bahawa kurangnya rasa bersyukur dalam diri..Aku tidak pernah kepenatan mencari duit..Wang belanja pemberian ibu bapa dan biasiswa sebenarnya lebih dari cukup.Kuasa beli yang aku miliki aku rasakan begitu besar shingga ada yang mengatakan aku suka membeli barangan yang bukan-bukan..Ah itu tak mengapa, apa yang penting kita perlu sedar bahawa ramainya orang di sekeliling kita yang bersusah payah memerah keringat demi meneruskan kehidupan..betapa banyaknya nikmat yang dikurniakan kepada kita..Cuma kita yang jarang bersyukur dan menghargai nikmat yang telah tersedia..wallahualam

Sunday, March 15, 2009

Mengapa Terkadang Saya Bisa Alim dan Terkadang Saya Bisa Zalim?




Sebuah buku yang bagi saya tajuknya pun sudah cukup menarik.Ternyata ia sebuah buku yang bertanya kepada kita..dan jawapan itu sebenarnya akan keluar dari kita sendiri..Mengapa terkadang kita bisa alim dan terkadang kita bisa zalim? Sudah tentulah ukuran iman itu yang menjadi punca..iman turun dan naik setiap masa..Apakah yang berlaku ketika iman turun?Bagaimana ia boleh berlaku?Apakah yang berlaku ketika iman itu menaik dan bagaimana ia bisa terjadi?Apakah yang menyebabkan kita berbuat dosa?Apakah yang menyebabkan kita menjadi 'orang lain'?Mengapa bersolat tetapi kekal dalam kemaksiatan?Bagaimana menangani semua ini?Saya cadangkan supaya setiap kita yang tidak pernah lepas dari dosa agar menjenguk buku ini..

Bersamalah kita mengembara jauh ke dasar hati yang mana di situlah bertapaknya iman.Dalam masa yang sama juga syaitan,nafsu dan keinginan kita sebagaiman manusia turut berlumba mengisi tapak tersebut...Dalam perlumbaan itulah ramai manusia yang tersungkur..Bahasa Indonesia..mungkin ada istilah yang sukar difahami..tapi bahasa Indon ni sebenarnya indah..Sekian Wassalam...

Tuesday, February 24, 2009

Gunung Stong- Indahnya ciptaan Tuhan


lame x update blog..malas+busy+takde idea= blog x update..xpe la tutup cerite lame..nak bukak cerite baru ni..Gunung Stong..terletak dalam mukim Dabong,Kelantan.Air terjunnya diiktiraf sebagai yang tertinggi di Asia Tenggara.Diwartakan sebagai sebuah 'state park' di bawah seliaan jabatan perhutanan negeri.

Tempat ni..Subhanallah..memang cantik..air sejuk macam teh ais..jernih bersih..pemandangan memang menakjubkan.Kami seramai 17 orang lelaki kuat telah membine penempatan di Baha camp selama 2 hari.Ingatkan rendah je...rupe2nye 2 jam berjalan baru sampai...

Sebuah pendakian menuju kejayaan yang memerlukan ketahanan mental dan fizikal.Alhamdulillah semua ok


Ni baru dekat puncak air terjun pertame.Ade lagi puncak kat atas.Bile dah sampai,tengok air terjun..rase penat pun terjun bersame air yang mengalir dras tanpa menghiraukan batu di bawah


Air terjun yang dingin dan menyegarkan.Ni kalau minum pun boleh ni.Insyaallah selamat.

Ni sebenarnya tempat gelongsor.Boleh gelongsor tu.tahap jatuh bebas ni.Menurut hikayat wadi..Encik Baha(pemilik asal tanah) boleh panjat batu ni rilek je..


Itu dia satu adegan cemas dalam perjalanan kami.Keadaan genting ini berjaya diredakan oleh pali yang hanya seberat 40 kg.Cuba lihat beliau sedang menarik sap yang seberat 98 kg!





Ni pagi2.Tunggu matahari terbit.Cantik kan? Rase macam kat kinabalu la pulak.Tengok..Awan kat bawah kitorang...haha tapi sebenarnye kabus je


Merenung mase depan yang semakin bercahaya.Kedamaian yang bisa membuatkan hati teringat pada kuasa yang mencipta dan mengindahkan suasana pagi yang sungguh mengasyikkan..

Saturday, December 6, 2008

Semua tahu Tuhan ada...




Sdr D,rakan aku berbangsa India,beragama Hindu.Satu matrik dengan aku.Sekarang ni pun satu batch dalam 3rd year.Dulu dia seorang yang aku fikir sombong dan tak mudah mesra.



Sangkaan aku meleset..Dia sebenarnya mudah mesra,peramah dan yang paling menarik, suka berbincang soal agama dan ketuhanan!Ya dia seorang penganut agama Hindu yang baik.Aku kagum dengannya.Tak ramai anak muda yang minat pada agama mutakhir ini.D berfikiran terbuka.Mudah dibawa berbincang dan mudah menerima pendapat orang lain.



Semalam 2 jam kami berbicara soal agama dan ketuhanan.Ya, pengetahuannya tentang agama Islam sangat menakjubkan.Tahu mengenai para nabi,Al-Quran,menghafal sedikit hadis dan tahu mengenai sejarah Qurban nabi Ibrahim.Dia memang seorang yang berfikir dan sentiasa mencari.



Dalam perbincangan lebar itu,kami sentuh beberapa isu agama yang begitu dasar.Bagaimana mana kaedah agama Hindu dalam mempercayai Tuhan dan bagaimana Islam meletakkan kaedah mengenal Tuhan.D memang kritis.Dia sendiri mengatakan,"I think Islam has the correct pace in searching for God."Dia turut mengkritik konsep penyembahan berhala yang dikatakan sebagai medium untuk sampai kepada Tuhan.


Dari apa yang dibincangkan kami bersetuju bahawa Tuhan itu ada dan Tuhan itu satu.Biarlah apa tanggapan manusia,Tuhan itu tetap ada.bagi Devan dia tetap dengan agamanya dan mengatakan semua agama itu boleh menjumpai kepada Tuhan yang sebenar.Aku tidak setuju,aku katakan Tuhan hanya menerima satu agama.Hanya satu agama yang diterima.Setiap agama mempunyai intrepetasi berbeza terhadap Tuhan.Tuhan sudah tentu mahukan intrepetasi yang paling tepat.


Aku katakan kepadanya,perbincangan ini bukanlah untuk mencari siapa yang menang tetapi untuk kita saling memahami,berkongsi dan mengangkat kebenaran.Aku mengharapkan perbicangan itu tidak terhenti dan akan terus-menerus sehingga dia bertemu kebenaran.


Aku malu kepadanya.Aku kenal pada tuhan.Aku tahu Dia ada.Tapi kenapa selalu buat-buat tak kenal.Aku sering lalai dan banyak melakukan dosa.Aku mengharapkan keimanan aku sentiasa teguh dan sentiasa bertambah baik.




"Ya Allah aku memohon diberi kekuatan dan diberikan makrifat yang sebenar tentang agama-Mu.Aku memohon agar kurniakanlah kepadaku ini hati yang Ikhlas.Sucikanlah ia dari kotoran dosa dan nafsu.Sejukkanlah hati ini dengan salju keyakinan kepada Mu.Sesungguhnya Hidayah itu milik-Mu.Engkau sahajalah yang berhak memberikan hidayah kepada sesiapa yang engkau kehendaki.Aku pohon padamu berikanlah cahaya hidayahMu kepada rakanku itu agar dia turut mendapat cahayaMu."


Thursday, December 4, 2008

Why they are so stubborn?




Recently, there was a good progress made by MBSA to restrict the selling of alcoholic drink.Some said that it is a PAS early success story.But then with the objection from DAP and other excos,the restiction had been retracted. DAP called PAS as arrogant as they claimed that PAS was not discussing that matter before going to that decision.It was just a day before MBSA canceled their decision before.




Why these people are so stubborn?

PAS is actually doing the very right thing.The restriction is only for Muslim.Non Muslim is not affected at all.Yes it maybe not available easily by just get it in 7 eleven like now if the restriction applied.But then they still can get it at Chinese restaurant or anywhere else they like.






Do they still cannot see the consequence of alcohol intake?I think they know.Alcohol intake can cause liver disease,pancreatic cancer,cardiac problem and many types of cancer.They also know that it can trigger all sorts of social problem and.Increase crime rate.Increase rate of motor vehicle accident.Actually there are so many bad things about alcohol intake.





Why these people cannot see this? Why they are so stubborn.I think we should ask to them;


Do they want their 13 year old son to take alcohol?

Do they want the alcoholic teacher to teach their children in school?

Do they want the doctor that treat them to be drunken?

Do they want the drunken people drive alongside with them on the road?


Obviously they wont' allow that if they have brain.



Yes they may say, just a few amount will be no harm.Yes there is no harm if just small amount go inside your body.But alcohol can cause addiction.After a few you'll add on and add on.So better you avoid it.There are a lot of other drinks in this world.Apple juice,carrot juice,capuccino,mocca and a lot more you name it yourself.Why choose the thing that can harm you?



Now they talk about human right.This country is comprise of various races and religion.So the alcohol cannot be ban.We should respect non Muslim community.If you are thinking people with brain and heart, there is also a right for Muslim to not take alcohol.So there is a right to ban alcohol for Muslim.But the people who disagree what PAS had tried to do,are actually very arrogant and self-centred.They don't want to understand the culture of the others..They never think about the right of other ethnic group.They are just thinking of their importance.



Alcoholic drink is commonly accepted as a bad thing.In Islam it is a big sin to do that.That's why Muslim must avoid it.I'm sure other religion also prohibit alcohol intake.Sometimes people cannot differentiate between good and evil.That's what happen now.They may success as a politician,engineer,lawyer and etc but actually they fail as a human and caliph of GOD on the earth.


PAS must do more things to show their stand.Sometimes strategies may applied in certain circumstances.I think it is not good to always be 'kind'.Otherwise other people will 'pijak kepala'.Because you're dealing with oppurtunist in the alliance.Be careful.Show the truth and beauty of Islam.Always begin with the end of mind.


If michael Jackson can see the truth,why Lim Guan Eng cannot see that.It's decision of Allah.He is the greatest.If He want it happen,it will happen.











Tuesday, December 2, 2008

Tentera Hitam vs Tentera Putih




Kota kerajaan putih ditiup api peperangan lagi.Tentera hitam mengatur gerak langkah begitu pantas.Mereka tiada belas kasihan.Tidak pernah mengira masa.Malam,siang,pagi,petang mereka bisa menyerang pada bila-bila masa.





Mereka rakus,ganas,tamak.Impiannya merampas kota kerajaan yang memang mereka idam-idamkan.Mereka mahu memerintah.Mahu berkuasa ke atas kerajaan.Meluaskan empayar dan menguasai tindak-tanduk kerajaan adalah impian mereka.





Tentera putih fungsinya untuk bertahan dari seranagan-serangan itu.Mereka ini bersikap mulia.Mahukan kebaikan,kedamaian dan ketenangan.Mereka patuh menurut ajaran Tuhan.Sentiasa menimbang perkara baik dan buruk.Tapi kekuatan mereka bergantung kepada keadaan.Kadang-kadang mereka begitu kuat sehingga mampu membawa kedamaian kepada seluruh negeri.Mampu bertahan dengan serangan tentera hitam yang sentiasa bertambah kekuatannya.





Kadang-kadang tentera putih lemah longlai.Tidak mampu menahan serangan hebat tentera hitam.Tentera hitam ganas itu yiada belas kasihan membunuh tentera putih.Tentera putih ditewskan dan kota kerajaan dirampas.Namun kekuasaanna tidak lama tatkala mentari bersinar semula.Tetentera putih yang kembali segar dapat menguasai semula kota itu.Tentera putih amat memerlukan cahaya itu.Namun cahaya itu milikNya.





Tentera putih pemilik asal bagi kerajaan.tentera hitam hanya tahu merampas takhta.Dalam dunia ini,telah banyak kerajaan yang dikuasai tentera hitam.Hanya golongan sedikit yang mana tentera putih masih memerintah.Namun cahaya mentari itu milikNya.Dialah yang menentukan siapakah kerajaan yang akan diberi cahaya.





Tentera putih itu hati,tentera hitam itu nafsu syahwat,cahaya itu hidayah,kerajaan itu ialah kita.Beruntunglah sesiapa yang mempertahankan tentera putihnya.Merugilah bagi mereka yang menang tentera hitamnya.Hidayah milik Allah.Moga kita tergolong dalam golongan yang disinari cahaya-Nya.

Thursday, November 13, 2008

Merenung kehidupan yang singkat...

Semalam aku terfikir tentang jangka hayat seorang manusia secara purata.Biasanya 60 hingga 70 tahun.Mungkin kurang dan mungkin lebih.Malah ada yang mati selepas baru saja lahir.Lalu aku mencongak-congak tentang jangka hayat diri sendiri.

Sudahpun berusia 21 tahun.Kiranya aku sudah mencapai dewasa.Cepat sungguh masa itu berjalan.Pejam celik,pejam celik,umur bertambah dengan pantas.Apabila mencongak jangkahayat purata manusia,katakanlah 60 tahun,ini bermakna aku telah menamatkan 1/3 sesi kehidupan.Mungkin ada 2/3 lagi sesi yang akan aku tempuh atau mungkin kurang dari jumlah yang aku congakkan.

Masa yang berlalu memang tetap berlalu.Walau dikejar dengan kelajuan cahaya,tidak akan dapat aku mengejarnya.Ini bermakna aku hanya ada sekarang dan mungkin esok atau lusa yang belum pasti.Kemudian aku terfikir akan hal kematian.

Kematian itu sesuatu yang aku dengar dan aku lihat.Ya ia benar.Terfikir pula aku,jika saat ini aku mati,ke manakah aku?Adakah aku telah bersedia?Kematian ertinya berpindah alam.Alam kubur yang hanya aku dengar.Kemudian disoal oleh malaikat Mungkar dan Nangkir.Apabila kiamat berkmpul di padang mahsyar.Kemudian ditentukan samaada ke syurga atau neraka.

Ya aku telah maklum apa yang berlaku selepas aku mati.Ttapi tahap manakah aku melakukan persediaan?Ia boleh aku analogikan seperti peperiksaan di dunia.Sudah tahu peperiksaan hujung tahun.Lazimnya kita berlengah-lengah dan lalai kerana tahu peperiksaan masih lambat lagi.Kemudian apabila ia sudah dekat,mulalah menggelabah tak tentu arah.Berbalik pada soal kematian,aku sedar ramai antara kita menganggap mati itu lambat lagi.Selalunya kita meyakini esok masih ada,lusa masih ada,minggu depan masih ada.

Bagaimana Harus aku anggap soal kematian?

Aku takut menghadapi mati.Dari perasaan itu aku tahu yang aku tidak bersedia.Ya sudah tentu tidak bersedia.Dengan amalan sebegini sedikit dan dosa yang menimbun bagaimana aku berani bertemu Allah?Lagipun mati itu sangat menyakitkan.

Hakikatnya...

Bagi oang beriman,kematian adalah sesuatu yang tidak perlu ditakuti.Walau apa usaha kita,kematian itu sesuatu yang tetap akan berlaku.Masanya telah ditentukan tiak akan berganjak ke depan atau ke belakang walau sedikit.Cuma bila?Itu tiadak akan kita ketahui.Segalanya telah tertulis untuk kita.

Yang perlu kita lakukan....

Saat ini adalah saat paling berharga.Mengapa tidak kita gunakannya secara maksimum.Jangan banyak berangan-angan lagi.Mengingati mati seharusnya menjadikan kita lebih positif.Kerana mati itu bukan penamat kepada segalanya bahkan kita akan menempuhi perjalanan yang lebih panjang lagi selapas itu.Pokoknya,akal itu perlu kita gunakan sebaik-baiknya untuk persediaan hari akhirat.Ya nafsu dan dunia itu dihadapan untuk mengaburkan perjalanan kita.Memang bukan mudah lari dari godaannya.Akal diberi untuk memilih.Wahyu diturunkan untuk pedoman mengenai yang tidak tercapai oleh akal.Jadilah orang bijak.Bijaklah dalam bertindak.Setiap amalan kita walau sebesar zarah samaada baik atau buruk tetap diambil kira.

Jadi?

Ingatlah pada kematian.Ia perilaku orang bijak.Ia perilaku orang bersih hati.Ia menjadikan kita berhati-hati dalam tidakan.Kita mesti cuba lakukan yang terbaik.Banyak-banyak berdoa semmoga mati dalam husnul khatimah.Moga beroleh bahagia di sana.AMIN.