Sunday, March 28, 2010

Hidup adalah pilihan


Kita ingin menjadi siapa?apa? atau bagaimana?..itu semua pilihan kita...kita berhak menjadi sesiapa sahaja yang kita inginkan..ingin melakukan kejahatan? Inginkan kebaikan? terserah kepada kebijaksanaan..Ingin menjadi kaya? Ingin menjadi miskin? terserah kepada kebijaksanaan..Pokoknya,untuk menjadi siapa,apa dan bagaimana ia adalah atas pilihan kita..kita diberi peluang yang cukup luas untuk menentukannya..dan sekali lagi ditegaskan kita diberi kuasa untuk membuat pilihan!!! kita berhak menilai,menaakul dan membuat keputusan dalam setiap perkara dalam kehidupan.Lihat sahaja ayat-ayat dari kitab suci yang mulia ini ;

"Maka Dia mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan ketaqwaan.Sungguh beruntung orang yang menyucikannya dan sungguh rugi orang yang mengotorinya" (Surah As-syam ayat 8-10)

"Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia". (Surah Ar-ra'd ayat 11)

Ya kita diberi pilihan!!! jadi bertindaklah dengan akal yang bijaksana untuk jadi apa,siapa dan bagaimana.Namun kita harus ingat kuasa mutlak tetap milikNya..kerana Dia adalah Tuhan yang Maha Berkuasa dan berhak menetuk segala-galanya.Namun takdir adalah rahsia Allah..itulah hikmahnya Allah memberikan peluang ruang yang sangat luas kepada seluruh umat manusia untuk menentukan siapa dirinya.Jadi,hidup adalah pilihan kita.Maka buatlah pilihan bijak dalam setiap langkah hidup yang singkat ini.Berhenti menyalahkan takdir.Berhenti menyalahkan keadaan.Berhenti menyalahkan orang lain.Mulai saat ini pilihlah dengan bijak.Semuanya kerana kita berhak memilih kerana hidup adalah pilihan.

Saturday, March 27, 2010

Before you climb a mountain,your mind have to be up there at the peak!!


Mendaki gunung adalah perkara yang sukar,tambahan pula gunung-gunung yang tinggi.Saat-saat pendakian gunung memang sukar.Letih,rasa nak berhenti,rasa nak berpatah balik,lapardahaga.Pendek kata,semuanya sukar.

Namun satu perkara yang menarik,jika minda kita dari kaki gunung lagi telah memikirkan bahawa aku akan sampai ke puncak tak kira apa terjadi,maka dengan minda dan pemikiran sebegitu insyaallah kita akan tetap menyampaikan kita ke puncak walau sudah berada dalam keletihan maksimum.mungkin sehingga terasa kepala sudah berasap,jantung macam nak pecah.

Inilah kekuatan minda.Kekuatan azam yang boleh membawa fizikal yang telah longlai dan lesu untuk sampai ke puncak.Yang penting kekuatan mental mesti ada.Kita sudah tentu menyerah kalah jika kita minda kita awal-awal lagi berkata tidak..So, before you climb a mountain,your mind have to be at the peak!!!
,

Tuesday, November 24, 2009

Perodua Alza...good looking!!

Congratulations Perodua!!!This Perodua Alza ,a small size MPV had finally launched yesterday.It based on Daihatsu Luxio and Toyota Passo Sette.That's why the refinement and quality is better,because this car is actually Toyota!!! Perodua just do some changes on the front grill and headlamp and they made it nicer than Passo Sette.Years ago the agreement had been done to make Perodua as a distant cousin of Toyota.

So we always can predict how Perodua Cars will be because their cousin in Japan(Daihatsu and Toyota) will produce it first for Japan and Indonesia market and Perodua will rebadge for us with lower price than imported toyota cars.The stake of Japanese car maker is about 25 % and UMW toyota (M) had it 38 % and the others are from PNB,MBM resources and Mitsui & Co ltd.

Although some people question is it really malaysian car?,can you claim it a national car when you just rebadge,do some cosmetic and sell?To me its Ok..Perodua had been setup around 1993..they are just 16 years old..they are still consider as kids in automotive industy.Is it wrong for a kid to have guidance first before he can stand by himself?It's good to learn and have the transfer of technology with Toyota.I believe,next 10 years,Perodua will have their very own car.KEEP IT UP PERODUA!
!!



















Monday, November 23, 2009

Kisah seorang kapten kelab bola sepak

Roy Keane telah dibuang dari MU selapas bergaduh dengan pengurus..pasukan ini pun sama..kapten dan pengurus sedang berbeza pendapat tapi kapten masih memimpin


Beliau telah menjadi kapten kepada pasukan itu lebih kurang 10 tahun...pasukan itu sejak 10 tahun lalu beraksi cemerlang.dulu menang satu piala ja..tapi sekarang dah menang 4 piala..tapi sejak akhir-akhir ni pasukan itu merosot prestasinya.baru ni kalah ..sebelum tu menang tipis ke atas pasukan lemah...semua penyokong mula bengang..pemerhati bola sepak professional mula memberi komen agar kapten tersebut ditukar..

Sehingga pengurus kelab pun ada menasihatkan perkara yang sama tapi masih belum benar-benar tegas...banyak rakan sepasukan dan penyokong melahirkan suara yang sama...namun masih ada penyokong yang berkeras mahukan si kapten terus bermain..dan kapten pun berkeras mahu terus bermain dan tidak akan meletakkan jawatannya dengan tidak menghiraukan pandangan pemerhati professional.."ahh kajian beliau tidak terperinci, saya baru turun padang takkan dah nak disuruh keluar..kita akan terus bermain".

Masalah disiplin rakan sepasukan tidak diselesaikan..bergaduh sesama sendiri...ada yang pergi membocorkan taktik pasukan ini kepada pasukan lain.tapi isu tersebut masih tergantung..ada yang senyap-senyap berpakat dengan pasukan lawan malah kapten dilaporkan turut terlibat selain sayap kiri dan rakan penyerang kapten yang juga seorang pemain penyerang.tapi si kapten senyap dan tidak bertindak apa-apa.peangurus telah lama menghidu masalah ini.pengurus tidak boleh membuang pemainnya.tapi pemilik pasukan ini iaitu funding orang ramai sahaja yang boleh membuat keputusan...

PERSEPSI terhadap pasukan semakin buruk.penyokong mula berkurang..prestasi mereka hambar...dalam perlawanan liga ke 13 yang dijangka berlangsung pada 2013 ini pasukan ini bakal berdepan masalah jika beberapa pemain yang berprestasi buruk masih dikekalkan..malah mungkin pasukan ini akan kalah teruk dan turun divisyen..aku penyokong tegar pasukan ini..aku sayangkan pasukan ini..kami para penyokong menggesa pemain-pemain yang bermasalah ini segera dibuang..liga ke 12 mereka beraksi cemerlang..liga ke 13 bagaimana?

Berapa banyak masa hidup kita terbuang?


Huh...memang lama blog ni tidak diupdate...memang dah bercendawan dan berkulapuk..hahaha...tiba-tiba persoalan masa hidup ni bermain dalam fikiran aku..berapa banyak masa hidup terbuang?

Tapi pertama sekali mesti kita mahu tau..untuk apa kita hidup?Jika hidup untuk membuang masa..suadah tentu masa hidup tidak terbuang..jika hidup untuk enjoy..sudah tentu masa hidup kita tidak terbuang..jika hidup untuk dapat kerja besar,gaji besar,kereta besar,bini cun..bila semua ini tercapai..walaupun mungkin salah satu tak dapat pun... masa hidup masih tidak terbuang..tapi bila kita fikirkan secara mendalam sebab apa kita berada di dunia?takkan dunia ini hanya setakat ijazah? harta? wanita? keluarga ?pangkat?takkan masa kita di dunia ni hanya untuk itu semua?sebab aku melihat orang-orang yang telah mencapai semua ini...jiwa mereka bukanlah bahagia..masalah keliling pinggang..lagipun jika dunia ini untuk itu semua..maka orang yang tidak mendapat semua itu dikira gagal..tapi aku tengok ada orang yang tidak mendapat itu semua tapi hidupnya senang dan gembira..maka sudah pasti ada satu parameter lain untuk mengukur tujuan hakiki hidup kita...

maka Allah telah memberikan jawapannya di dalam kitab Al-Quran sua az-zariyat ayat 56 yang bermaksud "tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadat kepada-Ku"..

maka sudah pasti tujuan hidup hakiki kita adalah untuk beribadah kepada Allah..ya benar sekali..tapi bukan mudah untuk kita "appreciate" ayat ini..berapa ramai manusia yang tahu mengenai suruhan ini tapi berapa ramai yang mampu menghayatinya?Kerana kalau kita renungkan dalam diri kita..andaikan kita memnag tahu ini tujuan hidup kita...maka berapa banyak masa hidup kita yang kita gunakan untuk ibadah?Ibadah adalah kehidupan dan kehidupan adalah ibadah..belajar itu ibadah,naik kereta ibadah,pergi 'shopping' ibadah,makan ibadah,melancong ibadah,bersembang ibadah,pergi tengok wayang ibadah..adakah kita melakukan kehidupan harian dengan niat ibadah?

Jika bukan ibadah maka apa lagi? mungkinkah maksiat?maka adakah kita memegang falsafah itu.? Jika tidak, berapa banyak masa hidup kita terbuang?ya aku rasa banyak sekali..eh..bukan sekali banyaknya mungkin berjuta-juta kali..anda bagaimana?

Sunday, May 31, 2009

"Tak boleh bergantung sangat kepada ubat,nanti syirik!"


Aku menyertai program khidmat kesihatan di selangori.Seperti biasa, program khidmat kesihatan seumpama ini sudah tentu berjumpa dengan pelbagai karenah dan ragam masyarakat yang pelbagai.Cuma yang satu ini agak menarik perhatianku.


“Pak Cik memang dah ade darah tinggi ke?”,aku bertanya

“Ya,dah lima tahun dah”,


“Pak Cik makan ubat yang doktor bagi tak?”


“Tak selalu la,saya makan bila rase pening je,kalau tak saya tak makan”


“Tak boleh macam tu pak cik,pak cik kene makan ubat tu ikut nasihat doktor, kene makan setiap hari,jangan skip.”


“Takpe,saya tau bile darah naik,saya akan rase pening,lepas tu baru la ambil ubat..”


“Bahaya macam tu pak cik,yang paling kite takut nanti lame-lame boleh dapat stroke,tu sebab kene makan ubat,"


“Itu semua kan kehendak Tuhan...”


“Tapi kite kene ade useheuntuk elakkan pak cik”


Berlaku sedikit perbahasan selepas itu, sambil beliau mengungkapkan dalil hadis , tapi ayat yang mengejutkan apabila pak cik itu mengeluarkan ayat berikut,”


“Tak boleh terlalu bergantung kepada ubat sangat,nanti boleh jadi syirik...”



“Oh macam tu ke..Pak Cik kerje ape ye?”



“Saya mengajar agama di sekolah”..



Cuba kita renungkan apakah masalah sebenarnya...Mengapa beliau tidak mahu makan ubat mengikut dos yang dinasihatkan malah sehingga takut dikatakan syirik?Katakan bahawa petrol yang diperlukan sebuah kereta untuk perjalanan dari Klang ke Kuala Lumpur adalah RM10.Maka jika diisi RM 5 mungkin tidak cukup untuk sampai ke destinasi.Maka dengan pengetahuan yang ada maka sudah tentu kita akan mengisi petrol sebanyak RM10 supaya sempat sampai.Jadi ini adalah kebiasaan yang difahami.Konsepnya sama sahaja bahawa dos ubat yang dinasihatkan untuk mengawal tekanan darah adalah berdasarkan kajian dan pengetahuan.Jadi sudah tentu memerlukan dos yang cukup unruk mencapai tujuan itu.


Mengapa bila makan ubat mengikut dos dipersoalkan sedang mengisi minyak mengikut jarak perjalanan tidak dipersoalkan?Mengapa berbangkit hal syirik bila disuruh makan ubat mengikut dos sedang tidak pernah berbangkit bila mengisi minyak mengikut jarak perjalanan?Ini kerana jika tidak mengisi minyak dengan cukup sudah tentu kereta mati di perjalanan jadi kesannya segera dan mudah difahami sedang tidak mengambil ubat itu kesannnya jangka panjang untuk dapat dilihat.Yang masalah disini sebenarnya bukan syirik.Tetapi ilmu pengetahuan yang kurang!


Tentang Usaha dan Tawakkal..


Ya,yang berkomunikasi dengan aku adalah seorang ustaz,tapi aku langsung tidak bersetuju dengan ayat ungkapannya.Aku sama sekali bersetuju bahawa pergantungan mutlak kepada Allah dalam setiap aspek kehidupan adalah keyakinan asas yang perlu dipegang bersama.Namun apakah yang dikatakan pergantungan itu sebenarnya? Adakah bediam diri ,berdoa dan terus mengharap?


Mudah sahaja jwapannya.Lihatlah Sejarah Nabi Muhammad SAW.Saya kira kita semua tahu usaha dakwah dan perjuangan Nabi dalam mengajak manusia bukan mudah.Pelbagai rintangan dihadapi baginda.Namun baginda tetap gigih berusaha sedaya yang mampu untuk menyampaikan seruan Islam.Dan baginda sentiasa berserah kepada Allah dalam usaha dakwah baginda.Jika dilihat dengan akal yang sihat,Nabi adalah yang paling kuat pegantungannya kepada Allah di langit dan bumi namun beliaulah yang paling kuat berjihad sedaya upaya untuk menegakkan kalimah Allah.Jika kita lihat, Islam dimenangkan dengan Jihad dan doa yang merupakan senjata Mukmin.Islam tidak dimenangkan dengan karomah semata-mata.Jika begitu,tidak perlulah umat Islam disuruh untuk berjihad.


Ini menunjukkan kita dituntut berusaha secara maksimum untuk memperoleh sesuatu dan meletakkan pengharapan kepada Allah untuk menentukannya.Makanya usahalah bersungguh-sungguh kerana itu tuntutan Allah dan berdoa kepadanya.Suka saya menggunakan istilah ‘daerah kita’ dan daerah Tuhan’ untuk memberi gambaran yang lebih jelas.Daerah Tuhan adalah daerahNya yang Maha Luas yang tidak terhitung yang terletak atas kehendakNya.’Daerah kita’ adalah tubuh badan kita dan kemampuan terbatas yang kita miliki ini yang juga dikurniakan oleh Allah.Adakah kita telah menggunakan daerah kita yang terbatas ini dengan seluas kemampuan kita?Mengapa tidak mahu menggunakan kemampuan diri kurniaan Allah lantas menuntut kesenangan dari Allah? Mengapa tidak mahu makan ubat untuk mengawal penyakit sedangkan itu adalah sebahagian dari ‘daerah kita’?


Jika kita analogikan lagi,bukankah bodoh orang yang mahu ke kuala Lumpur dari Perlis tetapi tidak mahu mengisi minyak kenderaan sedangkan sudah sampai di stesen minyak.Lantas dia pun hanya berdoa supaya sampai sambil tidak mahu berusaha.Ia berbeza jika sedang di tengah jalan sunyi sambil melihat meter minyak mencecah ‘empty’,lalu dia pun berdoa kepada Allah agar diberi pertolongan.Begitu juga dalam halnya dalam makan ubat.Mengapa tidak mahu makan mengikut dos yang diperlukan seperti mana tahunya kita jumlah petrol yang perlu untuk perjalanan Kuala Lumpur ke Perlis?Maka salahkah berusaha mengikut pengetahuan terbatas yang kita ada?


Syirik bergantung kepada ubat?


Ya memang syirik jika bergantung kepada selain Allah..Tetapi adakah bergantung kepada ubat dikatakan syirik?Inilah yang terjadi apabila malasnya usaha dan malasnya berfikir.Mengapa tidak timbul soal syirik apabila lapar perlu makan? Apabila dahaga perlu minum?sedangkan apabila sakit perlu ubat juga adalah sama konsepnya?Tidakkah kita tahu bahawa ubat itu sebenarnya hanyalah bertindak mengikut sunnatullah.Sebagai contoh,salah satu ubat darah tinggi, beta-blocker seperti propanolol ataupun metroprolol. Tidakannya Mengurangkan pengecutan jantung supaya darah yang dipam berkurang jumlahnya lantas mengurangkan tekanan darah.Sudah sunnatullah apabila beta-1 receptor pada jantung disekat, maka tidakan adrenaline yang menguatkan pengecutan jantung juga disekat lantas mengurangkan pengecutan jantung.Mekanismenya lebih kompleks lagi, tetapi semuanya adalah menurut sunnah Allah.Bukankah ia lambang kebesaran Allah.


Jadi ubat itu hanyalah sebahagian dari sunnatullah.Jadi persoalannya,adakah syirik bergantung kepada sunnatullah?Ia sebenarnya sama dengan konsep sunnatullah antara apabila lapar perlu makan dan apabila dahaga perlu minum dan beta-blocker boleh mengurangkan tekanan darah.Tetapi penafsirannya telah menjadi sempit kerana kita tidak tahu apa yang berlaku pada ubat itu. Kenapa kita tidak tahu?Bukankah puncanya adalah tidak berusaha untuk tahu? Sudah menjadi sunnatullah juga darah tinggi kesan akhirnya adalah stroke,maka menjadi sunnatullah juga jika darah tinggi berjaya dikawal stroke dapat dielakkan,maka seperti yang dinyatakan tadi,ubat tadi bertindak secara sunnatullah untuk mengurangkan darah tinggi,dan dos perlulah seperti yang ditetapkan agar kesannya lebih baik seperti tahunya kita untuk mengisi minyak kereta untuk jarak perjalanan tertentu.Wallahualam

Sunday, May 24, 2009

Berbicara tentang cinta

Cinta memang satu perkataan lazim yang difahami umum..maka tak perlu dihuraikan lagi maknanya...maka terus-terang saya katakan saya mahu bicarakan tentang cinta antara lelaki dan wanita.Inilah cinta jenis cinta yang paling masyhur di seluruh dunia yang difahami segenap lapisan masyarakat..


Cinta..Apakah ia?


Cinta antara lelaki dan perempuan memang selalu di lagukan,disyairkan malah difilemkan.Malah setiap filem pasti akan ada unsur cinta menggambarkan betapa sebatinya cinta dalam kehidupan manusia.Cinta antara seorang teruna dan dara memang menarik dikisahkan.Getarannya berbeza.Geloranya menyesak dada.Ya,ia memang sesuatu yang indah.Malah boleh menjadikan segalanya bahagia apabila bersama ketika cinta berbunga mekar.Ada yang mengatakan kentut pun menjadi wangi dek kerana cinta.Makan sejemput nasi boleh kenyang satu hari.Mendengar nama si dia sudah cukup untuk menggetarkan hati.Apa lagi melihat dan apatah lagi menyentuh.Hari-hari yang dilalui menjadi lebih bercahaya.Itulah penangan cinta yang boleh mengubah segala-galanya menjadi bahagia.


Cuba renungkan sejenak...


Kenapa cinta antara lelaki dan perempuan itu diciptakan dengan berbeza dan istimewa?Mengapakah tarikannya begitu mendalam? Itulah lambang kebesaran Allah.Tarikan yang diciptakan pada wanita itu pada asasnya adalah untuk memelihara kemandirian spesies manusia.Ia sebenarnya untuk memastikan manusia itu terus berkembang biak.Jika kita perhatikan, Allah menjadikan fizikal wanita itu menarik pada pandangan lelaki.Tidak cukup sekadar itu,Allah kurniakan juga perasaan cinta itu untuk memastikan proses pembentukan zutiat itu lebih sempurna.


Cuba kita bayangkan jika perasaan cinta tidak disertakan dan hanya tarikan fizikal yang ditawarkan,maka samalah seperti seekor ayam jantan tertarik kepada seekor ayam betina,seekor kuda jantan tertarik epada seekor kuda betina.Maka dari situ kita melihat bahawa perasaan cinta itu dikurniakan untuk menigkatkan martabat manusia.Ini bersesuaian dengan taraf manusia sebagai khalifah di muka bumi.Ini juga menunjukkan soal zuriat adalah persoalan suci yang perlu dipelihara setiap generasi manusia.Ayam dan kuda tidak pernah kisah siapa bapa mereka,siapa keluarga mereka.Yang penting dapat makanan yang cukup untuk terus hidup.


Berbeza dengan manusia,untuk seorang manusia hidup,keperluannya lebih kompleks.Perkembangan fizikal,emosi dan intelektual amat diperlukan.Untuk memperoleh semua ini,maka di sana perlu ada institusi keluarga yang kukuh.Maka perlulah dia akan didikan ibu ayah untuk memenuhi keperluan hidup si anak tadi.Maka sudah pasti ibu dan ayah itu perlu saling mencintai supaya si anak tadi terdidik dengan sempurna dalam suasana bahagia.Nah, lihatlah fungsi sebenar cinta! Untuk membentuk generasi manusia dari abad ke abad.Persoalannya,adakah irama cinta yang sedang menyanyi dalam diri anak-anak muda sekarang bertepatan dengan tujuan cinta itu diciptakan?


Cinta dan harganya..


Cinta yang sejati itu mahal harganya.Ia tidak boleh dilihat pada pandangan yang dekat.Dalam menilai cinta,kita perlu berpandangan jauh..Bukankah kita beragama Islam?Bukankah kita diajar untuk memandang ke akhirat.Jadi cinta yang mahal itu adalah cinta yang menjangkaui batasan kehidupan dunia bahkan sehingga akhirat.Kenapa? pelik ke?macam retorik je..Tidak!Kan kita orang Islam..maka mestilah yakinkan akhirat.Boleh terbatal keIslaman kalau tak percaya!Jadi itu lah asasnya.Cinta yang mahal itu perlulah berorientasi dunia akhirat.


Bila asasnya sudah betul,maka bunga-bunga yang mekar dari cinta itu pastinya terus subur.Yang mahal pada cinta adalah seninya.Seni itu bagaimanapun perlu mendapat izin Tuhan.Baru seninya adalah seni yang diluluskan.Dan kelulusan itu mudahnya adalah perkahwinan.Jadi seni cinta itu tidak sempurna jika tidak diluluskan.Samalah dengan quality control SIRIM.Kan bahaya menggunakan barangan elektrik tanpa kelulusan SIRIM?Silap-silap boleh meletup.Samalah dengan cinta.Jika dah diluluskan baru jalannya betul.


Fenomena ‘ couple’..



Ya inilah yang saya perhatikan dari sekolah menengah sampailah sekarang.Saya mengaku...memang la teringin..kalau tak teringin maknanya kurang hormon.Tetapi adakah cinta dalam couple ini menepati tujuan penciptaan cinta? Keindahan cinta dan tarikan pada wanita itu adalah untuk apa?Bagi yang berfikir hidup ini hanya dunia..Sudah tentulah tarikan itu untuk berseronok dan memenuhi nafsu semata-mata.Ya memang tarikan wanita itu sesuatu yang menyeronokkan.Tapi itulah ujian Tuhan.Seperti arak dan air sirap.Arak haram dan sirap halal.Maka kita sudah tentu memilih sirap.Begitu jugalah pilihan cinta.Cinta yang diluluskan adalah selepas kahwin...maka pilihlah..


Couple memang sudah salah dari segi dasar penciptaan cinta dan asas kepada harga cinta itu sendiri..Itulah sebab orang selalu bercakap mengenai cinta monyet..iaitu cinta yang tidak bertujuan dan hanya untuk memenuhi kehendak nafsu selari dengan peningkatan testosterone.ya..memang seperti kelakuan monyet...tetapi kebanyakannya tidak sedar yang mereka telah ‘memonyetkan’ diri...wallahualam..